Saturday 21 April 2012

Ikan Toman ATAUPUN Ikan Kelisa????

Ok tajuk yang saya nak share hari bukan la tentang makanan TAPI.....tentang Bagaimana Lelaki MembezakanWanita yang Ingin Dijadikan Isteri ataupun Sekadar untuk Berpacaran......

Orang lelaki memancing disebabkan oleh dua tujuan, sama ada ia suatu hobi ataupun bagi dijadikan makanan. dalam erti kata lain, si pengail akan cuba menangkap ikan yang paling besar, ambil gambarnya, dan menunjuk- nunjukkannya kepada kawan2 dan melihatnya dengan perasaan kagum dan kemudian mencampakkannya semula ke air. Ataupun, ikan itu akan dibawa pulang, kemudian ikan itu akan disiang dan dipotong, dilumur dengan rempah ratus, digoreng dan dimakan. Ini adalah analogi yang tepat mengapa lelaki memancing wanita.
Sama ada wanita itu akan dilayan sebagai ikan Toman yang dibuat main kemudian dilepaskan ataupun sebagai Ikan Kelisa  yang dibela iaitu jenis wanita yang mahu dijadikan ibu kepada anak2nya..

IKAN TOMAN (Ikan Mainan)
Tiada peraturan, tiada keperluan, tidak menghormati dirinya sendiri dan tiada garis panduan. Dia adalah wanita yang suka berpesta, dia tidak mempunyai rancangan bagi menjalin perhubungan, tidak mengharapkan apa2 daripada lelaki, tidak meletakkan sebarang syarat kepada lelaki. Sudah tentulah apabila  dia menghantar isyarat menerusi kata2 dan gerak geri yang dirinya boleh diperlakukan begitu.. Orang lelaki memang suka sikap begitu..

IKAN KELISA (Ikan Belaan)
Jual amahal sedikit, dan terus sahaja memberitahu standard dan keperluannya. Dia menyedari akan kuasanya dan tidak teragak- agak menghebahkannya. Cara dia membawa dirinya sahaja sudah cukup membuatkan dirinya dihormati, dia tidak meminta- minta dihormati. Orang lelaki mungkin boleh mendekatinya dan menunjukkan kepadanya betapa hebatnya mereka. Dia mungkin tertawan dengan cerita mereka namun tiada jaminan yang dia akan memberi nombor telefonnya kepada mereka. Sebaik sahaja dia bersuara, orang lelaki akan sedar yang mereka perlu mematuhi standard dan keperluannya sekiranya mereka mahu bersamanya..

 So itu pandangan lelaki kepada wanita yang ingin dijadikan isteri ataupun hanya couple sahaja... hanya untuk berkongsi sahaja tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati yew.. :)



Alolorr..tomeynye....sweeet..hehehe

No comments:

Post a Comment