Just nak share....cerita sedih~~
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah b...ersama
Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada
Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si
dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di
hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang
duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah
solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam
mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah
ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh
pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa
suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit
syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je,
abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni.
Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta
isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah
aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar
tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat
surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat
mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si
isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia
nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti
si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah
siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60
dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya
harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar
radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah.
Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik
ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka
telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan
enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat
dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang
pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai
macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau
yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam.
Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi
imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak
solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia
jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku.
Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau
boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di
pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat
tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat
perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas
tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang
Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?”
kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat
Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang
pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia
pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa.
Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran
abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak
faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman
senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak
tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak”
kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga
Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata
sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti
jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh
sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.
“macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak
tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari
dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur
belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu
Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke
dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat
kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil
gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah
lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni
tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay.
Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua.
Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan
cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar
apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak
isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada
perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai
mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak
apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu
senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir
apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu.
Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin
sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah
mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di
situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya
di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat.
Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru
nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah
dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar
coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar,
baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar
sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut
abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah
juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?”
Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air
matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa.
“next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman
hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat
Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.”
“okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah
tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh
Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar
tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun
keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.
Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin
Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di
kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka
beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang
tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi
sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa
selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu
pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia
duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman
merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah
dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron
baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni.
itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas
di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih
lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak
best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual
mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna
cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut
senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk
melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di
sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini
“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni
rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan
kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh
harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang
waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan
dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di
bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk
melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita
yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi
selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik
earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…”
Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..”
Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang
solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah
Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang
Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman
teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun
untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan
rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah
tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli
dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata
Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar
dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik
hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai
buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir
tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah
datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah
senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try
dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah
keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim
je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar
slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang
warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T
telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk
lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya
di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu.
Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah
manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada
Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum
lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat
tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang.
Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk
berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka
balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir
air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.
Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu
dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang
menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak
menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak
cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak
cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi
mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!”
Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi
dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis
anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak
tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit
banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi
terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman.
Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!”
Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang
iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu
kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia
pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah.
Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah
jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..”
Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun
kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar.
Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi
kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along
tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku
sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang
aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan
Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang
abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang
kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di
pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu
sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan
macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di
tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di
talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar
awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu
dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah
sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di
samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak
berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan
biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah
dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca
artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah.
Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib
ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala
harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg
menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali
abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap
voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui
pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa
minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu
membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah
akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman
menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa
ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.
Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima
kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya
seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana
seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala
pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian,
abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk
suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya
senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..”
esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka
bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu
sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada
conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya
itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu
abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti
Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.”
Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke
rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak
juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah
memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal
Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah
selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak
serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas
je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka
matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai
berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini,
dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama
hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di
cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon
kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”
Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf
tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk
dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea
abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih
Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke
dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia
mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar
dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar
pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat
dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua
makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut
Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!”
jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada
orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia
yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak
masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang
pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!”
terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan
saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar
rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu
tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar
rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya
yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya!
Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah
dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa
dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman
jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah
saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap.
Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan
isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik-
baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi.
Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya
tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan
bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus
keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu.
Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat
isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah
dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak
sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya
itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu
berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu
membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah
KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari
suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari
UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji
Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..”
kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota
polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa
Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman
hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.”
Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman
terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu.
Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.
“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan.
Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal,
effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di
tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit
kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu,
kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit
Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman.
Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji
Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali
lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah
sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata
lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman
hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di
sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk
setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan
dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang
tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip
mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap
hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan
keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya
di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman
menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi
mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh
umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman
baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di
lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman
bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan
menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan
isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid
yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah.
Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi
mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia
untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check
nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU.
Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga.
Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang
kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk
kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi
kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya
pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat
pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita
juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi
hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.
wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment